Himpunan 'Barang Naik' yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada Sabtu antara lain bagi meminta lima tuntutan oleh Gerakan Mahasiswa terhadap kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga barang.
Menurut wakilnya yang juga Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam, 24, lima tuntutan itu antara lain memotong gaji Menteri dan Timbalan Menteri, mengawal harga barang, mengekalkan subsidi dan menyelesaikan isu jaminan makanan.